Ø Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan
Ø Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
Ø Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
Ø Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
Ø Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
Ø Kunci Kejayaan adalah Kesabaran.
Ø Kunci Kemanjuan/kelebihan adalah bersyukur.
Ø Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
Ø Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
Ø Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
Ø Kunci Segala kemaqbulan adalah berdoa.
Ø Kunci Kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
Ø Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadaNya.
Ø Kunci Bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
Ø Kunci Menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
Ø Kunci Mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
Ø Kunci Rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
Ø Kunci Kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ø Kunci Kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
Ø Kunci Segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
Ø Kunci Segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
* Semoga kita semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan