~♥✿.¸¸.•´✿◕SINAR CAHAYA AYAT KURSI~♥✿.¸¸.•´✿◕

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia spt:

dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan

terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah..^^

Orang Yg Tidur Meniarap Adalah Sahabat Iblis

Sabda Rasulullah SAW : "Wahai Iblis, siapakah yang paling baik sekali padamu?"

Berkata Iblis : "Ya nabi Allah,orang yang menjadi saudaraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yang meniarap ketika tidur, orang-orang yang berat matanya hendak di buka ketika waktu subuh untuk mengerjakan solat. Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan aku buaikan dia sehingga terbit matahari, demikian juga pada waktu solat yang lain. Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan solat dengan pujukkanku."

Rasulullah saw memperingatkan kepada umat Islam supaya sewaktu hendak tidur hendaklah sekurang-kurangnya membaca bismillah atau jika boleh hendaklah membaca Surah al-Fatihah, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas serta membaca ayat Kursi dan lain-lain. Ini adalah supaya tidur tidak di ganggu oleh syaitan dan Iblis, ini adalah berdasarkan kepada keterangan dibawah ini.

Maksud hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim r.a :

"Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwudhu sepertimana wudhu untuk menunaikan solat, kemudian baringlah ke kanan dan bacalah : Ya Allah, aku serahkan diriku kepadaMu dan aku hadapkan wajahku kepadaMu. Aku serahkan perkaraku kepadaMu, lindungkan belakangku kepadaMu kerana suka dan takutku kepadaMu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadaMu, aku percaya dengan kitabMu yang Engkau turunkan kepada nabiMu yang Engkau utuskan. Dan jadikanlah semua itu penghabisan apa yang Engkau katakan".

Ciri-Ciri MukMin SeJati

Dalam Surah Mukminun Allah s.w.t telah menyatakan sifat-sifat mukmin yang sejati dari ayat 1 hingga 10.

Orang-orang mukmin yang bersifat dengan sifat demikian adalah orang berjaya di dunia dan akhirat. Antara sifat yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t ialah :

* Orang khusyu' di dalam solatnya. Menurut Zainuddin 1988 di dalam Terjemah al-Quran, khusyu' bererti tunduk hati dan tetap ingatan kepada Tuhan ketika mengerjakan sembahyang atau ketika memohon doa kepadanya.Ibn A'bbas berpendapat khusyu' bermaksud takut dan tenang. Saidina Ali k.w. pula mengatakan bahawa khusyu' di dalam ayat ini ialah khusyu' hati. sementara Hassan al-Basri pula berpendapat khusyu' itu ialah khusyu' hati, tunduk pandangan dan merendahkan diri di hadapapun dan Allah s.w.t. . Muhammah din sirrin berkata bahawa Sahabat Rasulullah s.a.w apabila solat mereka mengangkat pandangan ke langit dan apabila ayat ini diturunkan maka mereka menundukkan pandangan mereka ke tempat sujud. Dan khusyu' di dalam sembahyang itu akan terhasil apabila seseorang itu mengosongkan hati daripada perkara-perkara lain dan diisikan sepenuhnya dengan solat. Pada ketika itu solat akan membuat dirinya tenang dan penyejuk mata. Sabda Rasulullah s.a.w: " Aku suka kepada wangian, wanita( isteri ) dan solat kerana solat menjadikanku sejuk mata memandang ( tenang )."

* Sifat mukmin yang ke dua ialah meninggalkan perkara-perkara sia-sia ataupun perkara-perkara batil yakni termasuk syirik kepada Allah s.w.t., maksiat , kata-kata dan perbuatan yang tidak berfaedah.

* Menunaikan zakat. zakat di dalam ayat ini menurut Muhammad Ali as-Sobuni ialah zakat harta. Ada pula yang berpendapat perkataan zakat bermaksud menyucikan diri daripada perkara-perkara syirik dan keji.

* Menjaga kemaluan mereka daripada melakukan perkara-perkara keji seperti berzina, liwat dan tidak menghampiri perempuan-perempuan yang bukan mahram kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya mereka yang telah dihalalkan kepada mereka. Al-Imam as-Syafie juga berhujjah dengan ayat ini tentan hukum haram " istimna" iaitu berzina dengan tangan.

* Mereka menunaikan amanah dan menepati janji. tidak seperti sifat munafik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila mereka bercakap maka mereka berbohong, apabila mereka berjanji mereka ingkari dan apabila mereka diberi amanah maka mereka mengkhianati."

* Mereka menjaga solat . Yakni sentiasa sembahyang di awal waktu sebagaimana Ibn Masu'd berkata: Aku bertanya Rasulullah tentang apakah amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ?. maka Rasulullah s.a.w memjawab: Sembahyang di awal waktu , berbuat baik kepada ibubapa dan berjihad di medan peperangan. Qatadah berkata , menjaga solat bermaksud menjaga waktunya, ruku'nya dan sujudnya.

Apabila seseorang mukmin itu bersifat dengan akhlak mahmudah tersebut maka Allah s.w.t akan mewariskan mereka syurga Firdaus.

~Allah knows Better~


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja…
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon…
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dantidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur…
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban…
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. 
Ingat bahawa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap…
Allah SWT TAHU ……. 

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

~~Jangan Bersedih~~

Jngn di tanam rasa kesedihan di dlm hati
Jngn digantung kesedihan di dlm kedua kelopak mata
Jngn dibiarkan diri dimasuki kesedihan
krna semua itu sia sia...

Jngn bersedih kerana kita masih memiliki doa
Untuk kita bersimpuh di hadapan pintu ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa
bermohonlah agar diberi ketenangan
Jngn bersedih krna kita masih memiliki
sepertiga waktu akhir malam sebagai waktu paling mustajab
Untuk menyerahkan segalanya di dlm kesyaduan sujud.

Jadi...mengapa kita masih bersedih..

Jadi..kenapa kita harus bersedih..sedangkan kita mempunyai 
sesuatu yang lebih bermakna dari segalanya iaitu 

"ALLAH SWT"

..bercakap..merayu..memohon..hanya kepadaNYA..

‎......> ISLAM ADALAH CARA HIDUP <......

1. Jika kite marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kite bingung - KLIK doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluah perasaan.
7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.

Melihat Keajaiban Kalimat Allah


ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.



Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali..
.

♫ MUHASABAH SEORANG WANITA SHOLEHAH ♫


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Jadilah seorang wanita sholehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho Allah
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan karena sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita sholehah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qona'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita sholihah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sadar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah.

Semoga senantiasa dirahmati-Nya...
Aamiin Yaa Robbal'Alamiin

4 Alasan Yang Dibenci Allah

Pada hari Kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia iaitu;

1. Orang kaya, kalau sekiranya ia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.” Kepada mereka ini Allah berfirman, “ Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”

2. Hamba sahaya, sekiranya dia berkata, “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pila dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”

3. Orang miskin, sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s. dan dia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”

4. Orang yang sedang menderita sakit, sekiranya dia berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu.” Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s., tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku.”

♥ Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH ♥

Bismillah ♥♥♥

♥ Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

♥ Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya
Agar kita tumbuh besar dan kuat

♥ Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

♥ Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap ridlo Ilahi

♥ Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita

♥ Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

♥ Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

♥ Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

10 Perkara yang tidak boleh dibeli oleh duit


1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.


2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.


3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.


4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.


5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.


6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .


7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.


8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.


9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.


10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.



***SAPE YG NAK SHARE SILAKAN SHARE.. :)

Air Mata Taubat

"Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” 

Air mata taubat Nabi Adam a.s.......

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.

Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. 

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, 

“Manis sungguh air ini.” 

Nabi Adam a.s. terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. 

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam a.s. dan mewahyukan, 

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Jangan Menghampiri Zina

Allah berfirman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
”Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Rasulullah SAW telah bersabda: 
“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita unuk berdua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”. 
[H.R Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabi’ah.] 

Rasulullah saw bersabda:
“Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina tangan adalah memukul, zina kaki adalah berjalan, serta zina hati adalah bernafsu dan berangan-angan, yang semuanya itu dibuktikan oleh kemaluannya.” [HR Bukhari & Muslim]

‎~Cintakan DUNIA dan takutkan MATI~

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa2 dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'WAHAN'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad SAW menjawab, "Cinta pada dunia" dan "takut pada mati". (H.R. Abu Daud)

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa2 dari seluruh dunia walau pun berbeza2 agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'WAHAN' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah SWT. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah SWT.

Marilah sama2 kita berdoa agar Allah SWT menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,  untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim
berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku
kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Waullahu'alam..

Kaki




KAKI yang kuat melangkah . . .
tanda seorang yang tabah . . .
jangan lah mudah putus asa dan rebah . . .
bangkitlah bertongkat tawakkal A'lallah . . .

Yakin lah dalam berjuang . . .
jangan gentar dengan musuh d hadapan . . .
tanda orang beriman selalu d beri ujian dan dugaan . . .
Allah tempat mengadu luahkan perasaan . . .

ya Rabbi . . .
kurniakan aku keteguhan dalam hati . . .
sinari aku dengan nurMu ya Ilahi . . .
tetapkan hati ini di jalan syariatMu Rabbi . . .
agar aku perolehi syurgawi dan bidadari . . .

3 Soalan 1 Penampar...



Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?