Find Way Back To Allah SWT...

 

Saya berkata: Dosa2 sy begitu banyak..huhu

Allah Berkata: "..dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.." [3:135]

Saya berkata: tlg jgn tinggalkan sy...

...
Allah Berkata: "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan.." [2:152]

Saya berkata: sy menghadapi bnyk sngt kesukaran dlm hidup..

Allah Berkata: "..sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)." [65:2]

Saya berkata: sy mempunyai bnyk impian yg sy nak jd knyataan..

Allah Berkata: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.." [40:60]

P/S: Aku meninggalkanMu kerana terpengaruh dengan janji-janji manis musuhMu.. namun kekuasaanMu melebihi keupayaanku.. dan Kau bawakan aku mencintaiMu, mencintai jalanMu, dan berharap hanya padaMu.


Allah…

Terima kasih kerana Engkau tidak pernah membiarkan kami sendiri…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan