Ramai yang mempunyai AGAMA tetapi TIDAK BERAGAMA


Sebagai seorang islam kita bukan hanya hidup berlandaskan fitrah semata-mata. Jika fitrah yang kita lihat maka samalah kita dengan orang kafir. Mereka hidup hanya berpandukan apa yang ada dimuka bumi ini. Sebab itu tidak hairanlah kita melihat cara hidup mereka tidak digalangi dengan batasan-batasannya. Kita pula sebagai seorang islam tetap juga hidup mengikut fitrah namun hendaklah beralaskan syariat barulah sempurna perjalanan hidup kita di alam ini. Islam pada diri kita bukan hanya setakat bersangkut tentang solat, puasa, zakat, haji sahaja. tapi Islam itu ialah keseluruhan cara hidup kita. Kalau kita ambil separuh-separuh itu bermakna masih belum sempurna lagi Islam itu dalam diri kita. 

Alangkah ruginya, walaupun kita punyai ilmu tentang Islam tapi kita tidak faham tentang Islam. Walaupun kita beramal namun tidak ada keikhlasan dalam beramal. Mengajar dan di ajar tentang Islam tidak mencukupi jika tidak meresap di dalam diri. Maka tidak hairanlah mengapa ada manusia yang masih bersolat tapi masih menghina orang, menzalimi orang, memutuskan silaturahim, tidak menutup aurat. Pendek cerita segala kejahatan masih lagi merajai diri. Ramai yang mempunyai agama tetapi tidak beragama.

Mengapa?

Rasulullah saw bersabda, takwa itu ada di sini dan baginda menunjukkan kearah dada baginda tiga kali.

Sama-samalah kita renungkan, insyallah. Mudah-mudahan Allah melimpah kurniakan taufik hidayah-Nya ke dalam jiwa kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan