MENGAPA SAYA MENIKAHI DIA

Suatu ketika,ada seorang pemuda tampan lagi sholeh yang berpendidikan tinggi.Dia telah beberapa kali dicadangkan orangtuanya untuk menikahi beberapa orang gadis pilihan orangtuanya.Namun semua dia tolak hingga orangtuanya merasa curiga apakah dia telah mempunyai pilihannya sendiri? Setiap kali meninggalkan rumah gadis gadis yang telah ditemui dia akan berkata bahawa, " Itu bukan orang yang saya cari." 

Pada suatu petang orangtuanya cuba mengatur semula sebuah pertemuan untuknya dengan seorang gadis yang agak baik rupa parasnya, berpendidikan tinggi serta baik pengamalan agamanya.Mereka dibiarkan untuk saling bertukar pendapat dan pertanyaan. Seperti yang dijangkakan, pemuda itu memberi peluang kepada si gadis untuk mula bertanya sebagai satu penghormatan. Si gadis bertanya bermacam perkara tentang kehidupan,pelajaran,keluarga,kawan kawan dan hobi serta kebiasaan si pemuda.Pemuda menjawab semua soalan dengan tenang dan penuh sabar.

Setelah hampir sejam gadis tersebut bertanya akhirnya tiba giliran si pemuda untuk bertanya soalan.Dengan penuh beradab dia berkata,saya hanya ada 3 soalan.Si gadis tersenyum senang, dalam hatinya berkata," Ah ! mudah saja untuk dijawab, tembak saja jawapannya."

Pemuda mula bertanya," Siapa yang anda paling cintai di dunia? Mencintai-Nya membuat anda mampu mengatasi segala rintangan. " Lantas dengan tersenyum, si gadis menjawab mudah tanpa perlu berfikir panjang, " Ibu saya." Soalan kedua, "Katamu Al-Quran selalu dirimu baca, nyatakan surah mana yang kamu hafal dan faham maknanya. " Muka si gadis mula merah menyala dan merasa malu lalu berkata, " Saya belum hafal mana mana surah serta maknanya lagi sebab saya tidak punya banyak waktu, selalu sibuk dengan kerja kerja saya dan berharap suatu masa nanti saya boleh melakukannya. " Soalah ketiga, " Tolong berikan alasan mengapa saya harus menikahi anda sedangkan sebelum ini saya sudah jumpa ramai perempuan yang jauh lebih cantik dan menawan, berpendidikan tinggi dari anda? "

Mendengar pertanyaan yang ketiga, membuat si gadis tidak mampu mengawal perasaan marahnya lalu meluru keluar dan mendapatkan orangtuanya lalu berkata, " Saya tidak mahu menikahi pemuda sombong ini yang telah menghina kecantikan serta kecerdikan saya." Akhirnya sekali lagi pemuda bersama orangtuanya berlalu pergi tanpa sebarang perjanjian perkahwinan.

Orangtua pemuda tersebut merasa sungguh marah lalu bertanya kepada anaknya apa yang dia telah katakan sehingga gadis itu menjadi terlalu marah padahal gadis itu dari keturunan yang baik baik dan taat dalam pengamalan agama.

Lantas pemuda itu menjawab, " Tidak ada sesiapa yang benar benar muslim selagi dia tidak menyintai Allah dan Rasul SAW lebih daripada orang lain di dunia.Jika seorang wanita menyintai Allah dan Rasul SAW lebih dari sesiapapun, dia akan mampu menyintai, menghormati dan setia kepada teman hidupnya kerana cinta dan takutkan Allah.Dan kami boleh berkongsi cinta kerana cinta seperti itu lebih hebat daripada cinta nafsu atau kecantikan.Soalan kedua saya, dia kata dia tidak ada masa untuk baca dan memahami isi Al-Quran kerana sibuk. Lalu saya baca sebuah hadith," Semua jiwa manusia mati kecuali mereka yang memiliki ilmu pengetahuan. " Dia telah hidup selama 20 tahun tetapi tidak meluangkan masa untuk menambah ilmu pengetahuan agama, hidup dalam kelalaian dan mana mungkin menyedari tanggungjawab atau hak sebagai seorang ibu kepada anak anak yang bakal dilahirkan dan lebih utama akan jadi guru terbaik di dalam madrasah atau sekolah pertama untuk anak anak. Wanita yang tiada masa dengan Allah, juga tidak akan mampu membahagikan masanya untuk suami.

Soalan ketiga tentang wanita wanita cantik sehingga dia merasa marah dan cemburu.Tujuan saya adalah untuk menguji tahap kesabaran dia, apakah dia mampu mengawalnya ataupun sebaliknya. Nabi SAW bersabda," Jangan kamu marah, jangan kamu marah, jangan kamu marah ", saat ditanya para sahabat bagaimana untuk jadi orang yang baik atau sholeh. Jika seorang wanita tidak mampu menahan kemarahan dengan seseorang yang asing yang baru dijumpai, apakah mungkin dia mampu mengendalikan emosi kemarahan terhadap seseorang yang akan bergelar suaminya nanti ?

Pengajaran dalam cerita :

1 . Perkahwinan adalah berasaskan kepada ilmu pengetahuan bukan semata mata rupa atau perwatakan zahir.
2. Praktikal bukan sekadar perkataan.
3. Kemaafan bukan kemarahan.
4. Utamakan roh berkasih sayang bukan nafsu . 
5. Ada empat syarat dalam memilih isteri : harta,rupa,kedudukan dan agama.
Tepuk dada tanyalah iman.

[ Petikan dari the team of An - Nisaa' - The Women]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan