Ulama Masa Kini: Payahkah berlaku adil?


Sepasang adik-beradik yang merupakan seorang Dr. Pakar Otak dan seorang Dr. Falsafah Pengajian Islam pengkhususan Fiqh dan Usul berdiskusi setelah lama tidak berjumpa.

Dr. Pakar: Kenapa murung sahaja, ada apa-apa masalah?

Dr. Falsafah: Tidak ada apa-apa, sedang fikir mengenai sesetengah golongan yang berpendapat Islam
dan ilmu-ilmu khusus seperti pengeluaran fatwa dan penghuraian dan pentafsiran terhadap al-Quran dan hadis tidak wajar diekslusifkan kepada para sarjana dan ulama yang berlatar belakang ilmu Islam sahaja.

Dr. Pakar: Apa yang menjadi masalahnya?

Dr. Falsafah: Memang diperakui Islam adalah agama yang inklusif, namun ilmu-ilmunya yang cabang,
bermula daripada Ulum al-Quran, Usul al-Tafsir, Ulum al-Hadis, Fiqh dan Usul al-Fiqh memerlukan disiplin yang khusus dan ketat bagi memahami dan beramal dengannya, justeru tidak wajar bagi ilmu-ilmu ini dibincangkan dengan wewenang dan menyebabkan salah faham kepada sumber ilmu Islam dan Islam itu sendiri.

Dr. Pakar: Ya, saya juga berpendapat dengan kamu. Perkara-perkara asas tidak wajar dieksklusifkan, namun bagi ilmu-ilmu khusus pastinya ia memerlukan suatu disiplin pengajian dan pemahaman yang panjang dan memakan masa. Sama juga seperti doktor perubatan yang pakar dalam bidang yang khusus, seperti saya dalam bidang otak, makanya saya pakar dalam penyakit otak. Bukan sahaja orang awam, malah dr-dr junior dan bukan pakar dalam penyakit otak wajar menghormati kepakaran dan pendapat saya.

Dr. Falsafah: Itulah, saya harap mereka menghormati saya dalam mendapatkan pendapat dan fatwa agama sebagaimana mereka menghormati kamu apabila mereka mahu otak mereka dibedah oleh kamu.

Dr. Pakar: Tapi itu tidak bermaksud si pakar sentiasa betul, kadang-kadang mereka boleh sahaja melakukan kesilapan.

Payahkah berlaku adil?
Pada pendapat saya, apa yang paling penting adalah adil dalam menyokong dan menentang. Sikap yang wajar diambil pula; apabila kita rasa berada dekat dengan kebenaran tidak semestinya orang lain semua salah, dan apabila orang lain salah tidak semestinya kita betul.

Ulama perlu diperakui, dihormati kealiman dan ketokohan mereka dalam disiplin dan pengkhususan pengajian mereka, namun dalam masa yang sama tidak dapat tidak kita tidak boleh nafikan sumbangan barat, so called orientalis dalam memberikan perspektif baru kepada sudut pandang Islam dan ilmu-ilmunya yang menyebabkan umat Islam perlu bekerja lebih keras bagi mengatasi mereka. Ini adalah suatu perkara yang positif.

Perlu difahami, pembahagian ilmu fundamental Islam hinggalah kepada ilmu-ilmu cabang tidak lepas daripada dua bahagian besar ini. Menurut Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan ulama-ulama semasa dengannya ia terbahagi kepada dua iaitu:
1. Ilmu Riwayah
2. Ilmu Dirayah

Ilmu Riwayah adalah umum kerana skop perbincangannya adalah lebih berkisarkan sejarah, susur galur, proses, teknikal dan sebagainya. Perkara-perkara kulit dan illmu ini saya fikir tiada masalah sesiapapun mahu membincangkannya. Bagi Ilmu Dirayah yang memfokuskan mengenai tafsiran al-Quran dan hadis, istinbat hukum berdasarkan keduanya ditambah dengan pengalaman dan fatwa (atsar) para sahabat Rasulullah, tabien, tabi tabien dalam menginstinbatkan sesuatu hukum, pastinya memerlukan seorang yang pakar dan tinggi ilmunya sementelah dalam Islam, maqam bagi seseorang digelar ulama itu sangat ketat syaratnya.

Ala kulli hal, hakikatnya, bagi merealisasikan sebuah praktikaliti dalam sebuah plural civil society sebagaimana di Malaysia, ulama harus ditampung profesionalis dan profesionalis harus dibimbing oleh para ulama. Saling melengkapi. Bak kata Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, "Memprofesionalkan ustaz dan mengustazkan profesional." Saling melengkapi dan saling bergantungan antara satu sama lain demi dakwah Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan